[VIDEO] Farid Kamil Kena ‘Kepung’ Mat Moto Di JB

JOHOR BAHRU: Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, dikerumuni lebih 300 mat moto ketika sedang makan di sebuah restoran di Larkin, dekat sini malam tadi.

Bagaimanapun, situasi itu adalah sempena sambutan Mini Gathering Spark Malaysian Club Johor yang buat julung kalinya dihadiri Farid yang juga Ikon mat moto bagi kelab permotoran itu.

Farid ketika ditemui agak terkejut dan teruja dengan sambutan meriah diberikan ahli Spark Johor serta komuniti permotoran di negeri itu yang menunjukkan semangat keharmonian tinggi dalam menjayakan perjumpaan berkenaan.

“Ini adalah pertemuan kali pertama saya bersama Spark Johor dan kali kedua menyertai siri jelajah ini yang dianjurkan dalam bentuk mini ‘gathering’ bagi mencari serta mendaftarkan ahli baharu menyertai Spark.

“Besar harapan saya untuk melihat komuniti permotoran ini bergerak dalam satu kelab yang tersusun dan mempunyai aktiviti berfaedah buat ahli sekali gus, mengurangkan gejala lumba h*ram sehingga mengakibatkan perkara tidak baik berlaku

“Penubuhan Spark Malaysian Club ini juga diharapkan dapat mengubah persepsi dan stigma masyarakat terhadap mat moto yang mungkin sebelum ini dianggap sebagai kumpulan yang sering menimbulkan mas*lah,” katanya ketika ditemui pada majlis itu, malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden Spark Malaysian Club, Zul Huzaimy dan Presiden Spark Johor yang juga pelawak, Mamat Sepah.

VIDEO :

Sementara itu, Zul Huzaimy berkata dalam tempoh hampir tiga bulan sejak ditubuhkan awal Oktober tahun lalu, Spark Malaysian Club kini memiliki kira-kira 1,000 ahli berdaftar seluruh negara.

“Sesiapa yang menjadi ahli Spark Malaysia Club juga akan mendapat kelebihan antaranya khairat yang jarang diberikan persatuan atau kelab lebih-lebih lagi membabitkan permotoran seperti ini.

“Jangan ingat kami hanya menunggang motosikal, semua itu kami lupa. Tidak, selepas ini setiap urusan  akan diuruskan dengan sempurna oleh kita semua,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Limau Madu

Sumber : BH

Apa kata anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *